
SP ENTERPRISE

TENTANG KAMI
PENGENALAN
Nas Auto Sp Enterprise telah ditubuhkan pada tanggal 13 November 2008 dan dibangunkan oleh pemilik asalnya iaitu Encik Mohd Sobri Bin Saari. Nas Auto Sp Enterprise adalah sebuah pusat servis kenderaan yang merupakan 100% milik bumiputera. Ianya telah bertapak dalam bidang automotif selama 13 tahun. Syarikat kami mempunyai 8 orang staf iaitu 6 orang mekanik yang berkemahiran dan 2 orang kerani. Syarikat kami juga mempunyai 2 cawangan iaitu di Taman Ria Indah, Sungai Petani dan Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
​
VISI
Nas Auto Sp Enterprise ingin berkembang pesat sebagai sebuah pusat servis kenderaan yang merupakan 100% milik bumiputera di samping menawarkan harga yang berpatutan serta servis yang cekap bagi memenuhi kehendak pelanggan.
​
MISI
1. Melakukan kerja dengan penuh daya bagi memastikan hasil kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang kecacatan mahupun kesilapan kecil.
2. Kualiti servis yang memuaskan hati pelanggan dengan setiap kerja pemasangan yang dilakukan terhadap kenderaan tanpa keraguan.
3. Menyediakan perkhidmatan yang baik supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan.
4. Memastikan kerja dan barang (part) yang digunakan adalah baik dan berkualiti tinggi.